Monday, 27 February 2012

Pengenalan Ilmu Kebal

Nota: Antara ritual Ilmu Kebal
Definisi/Konsep

  • Merujuk kepada keupayaan seseorang bagi menahan tubuhnya daripada ditembusi oleh senjata ataupun peluru.
  • Ia merupakan satu ilmu silam yang amat dipercayai dikalangan orang-orang Melayu Nusantara yang kebanyakkan menetap di Malaysia, Indonesia dan Filipina tetapi turut termasuk kaum Cina
Amalan
  • Ilmu kebal ini didapati melalui dua cara:
  1. melalui amalan
  2. dengan pemakaina sesuatu benda yang menjadikan pemakainya kebal
  • Bagi mereka yang mendapatkannya secara amalan ia mungkin melalui pertapaan, atau memakan sesuatu 
  • Sementara cara pemakaian pula ia mungkin berbentuk satu azimat atau keris dan seumpama dengannya
Kelemahan
  • Ilmu kebal biasanya dipercayai sebagai memiliki kelemahan tersendiri
  • Pada kebiasannya pengamal ilmu kebal dikatakan kalah dengan sesuatu benda tertentu seperti kebal tikaman keris tetapi boleh ditikam dengan buluh runcing dan seumpama dengannya
  • Ini disebabkan kepercayaan berlaku keseimbangan dan sesuatu perkara tidak pernah sempurna mesti ada kecacatannya

Friday, 24 February 2012

Pengenalan Mandi Bunga

Nota: Ritual Mandi Bunga
Khasiat

  • Ia mampu menaikkan semangat diri
  • haruman bunganya dapat menenangkan fikiran dan warna warna bunga menceriakan aura penglihatan yang mampu memberi ketenangan
  • Badan yang letih dan lesu akan terasa segar dan sihat setelah mandi dengan ramuan ini
  • Kalau boleh lakukanlah sebulan sekali selain untuk menaikkan seri wajah ianya boleh membuatkan wajah dan badan sentiasa awet muda
Bahan Penyediaan
  • Bunga Kenanga
  • Bunga Mawar
  • Bunga Susun Kelapa
  • Bunga Kesidang
  • Bunga Tanjung 
  • Bunga Cempaka
  • Hirisan daun limau purut
  • Hirisan daun pandan
  • Air Mawar
Kaedah
  • Air mawar dititikkan kedalam hirisan daun pandan dan daun limau purut yang telah diracik halus
  • Kemudian rendamkan 7 jenis bunga tadi dengan air semalaman didalam mangkuk seramik
  • Sebelum mandi bacakann Selawat Nabi 3 kali dan Al Fatihah sekali dan niatkan untuk tujuan apa anda mandi bunga ini (Niatkan yang baik saja)
  • Selepas itu barulah air rendaman ini digunakan untuk mandian
Jenis
  • Mandi Bunga Riyadah
  • Mandi Bunga Seri Wajah
  • Mandi Bunga Rawatan
  • Mandi Bunga Nirnia
Mandi Bunga Nirnia (Untuk Lelaki dan Perempuan)
  • Tujuan - 
  1. Mengembalikan ketenangan jiwa dan roh
  2. Pembersihan diri dari gangguan dan benda tumpangan
  3. Memberi satu sinar baru dalam hidup anda
  4. Mengembalikan keserian dari luaran dan dalaman
  5. Mampu mengembalikan Dara (Wanita saja)
  6. Menyembuh 1001 penyakit
  7. Membuka laluan tenaga sirna
  8. Dan banyak lagi

Pengenalan Santau

Nota: Pengamal Santau
Definisi/Konsep

  • Ia juga dikenali sebagai tuju-tuju 
  • Merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh
  • Secara umumnya santau dilakukan dengan cara
  1. Cara Santau Fizikal
  2. Cara Santau Angin
Kelebihan
  • Sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan tetapi melalui bersembunyi 
  • Penggunaan bahan organik dab kaca dalam penyediaan santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samaada melalui X-Ray ataupun Ultrasound
Keburukan
  • Santau Angin- biasanya dihembus agar dibawa angin kearah mangsa dan dihidu masuk kedalam paru-paru mangsa
  • Oleh itu, sesiapa yang berada berhampiran dengan mangsa boleh turut terhidu habuk berbisa itu
  • Santau disediakan dalam bentuk serbuk, kemungkinan besar pengamal santau akan terdedah secara jangka panjang dan akan turut diracuni oleh santau yang disediakan oleh mereka atau orang-orang yang rapat dengan mereka
  • Mengambil masa yang agak lama untuk bertindak, antara beberapa hari sehingga beberapa tahun

Thursday, 23 February 2012

Pengenalan Saka

Nota: Misteri Saka
Definisi/Konsep

  • Jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain secara disedari atau tidak tetapi biasanya melibatkan keturunan
Jenis
  • Saka Harimau - Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh
  • Saka Buaya - Mampu mengawal dan menjinakkan buaya
  • Saka Ular - Mampu mengawal dan menjinakkan ular
  • Saka Bomoh - Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus
  • Saka Kuat atau Saka Penimbul - Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal
  • Saka Susuk - Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik
  • Toyol - Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib
Harimau Jadian
  • Harimau akuan dalam budaya Melayu dan Orang asli, antaranya Orang Semai: sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki
  • Ia dikatakan dibantu oleh giolongan jin atau syaitan yang dipelihara bertujuan-
  1. Membantu tuannya mempertahankan diri
  2. Bagi memudaratkan musuh
  • Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia
Matlamat
  • Mempertahankan diri
  • Membinasakan musuh atau orang yang dibenci pemiliknya
Syarat: Bagi penuntut ilmu ini, mereka perlu membuang ilmu mereka atau mewariskannya kepada keturunan mereka sebelum mati. Sekiranya mereka mewariskan kepada keturunan mereka ia tergolong kedalam saka.

Kelebihan
  • Harimau jadian biasanya membenarkan penuntutnya bertukar menjadi harimau dengan memiliki kekuatan luar biasa
  • Ia boleh menjelma sebagai separuh harimau atau harimau sebenar
  • Ia mampu (tidak semestinya) membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya
  • Memiliki tindak balas yang sangat tinggi
  • Memiliki silat Harimau yang tak perlu dipelajari dengan sendirinya keluar jika diperlukan
Kelemahan
  • Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam
  • Penuntutnya sukar mati sekiranya ilmu itu tidak dibuang sebelum meninggal

Pengenalan Tarian Dabus

Nota: Tarian Dabus
Definisi/Konsep

  • Tarian yang mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Saidina Ali
  • Khalifah akan merasapi dan merenjis air yang sudah dijampi ke seluruh pentas, para pemain, pemuzik dan anak dabus bagi mengelakkan daripada gangguan makhluk halus atau perbuatan orang nakal yang menguji kekebalan para pemain
Keburukan
  • Unsur tidak sedar boleh menyebabkan kecederaan