Thursday, 23 February 2012

Pengenalan Saka

Nota: Misteri Saka
Definisi/Konsep

  • Jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain secara disedari atau tidak tetapi biasanya melibatkan keturunan
Jenis
  • Saka Harimau - Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh
  • Saka Buaya - Mampu mengawal dan menjinakkan buaya
  • Saka Ular - Mampu mengawal dan menjinakkan ular
  • Saka Bomoh - Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus
  • Saka Kuat atau Saka Penimbul - Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal
  • Saka Susuk - Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik
  • Toyol - Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib
Harimau Jadian
  • Harimau akuan dalam budaya Melayu dan Orang asli, antaranya Orang Semai: sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki
  • Ia dikatakan dibantu oleh giolongan jin atau syaitan yang dipelihara bertujuan-
  1. Membantu tuannya mempertahankan diri
  2. Bagi memudaratkan musuh
  • Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia
Matlamat
  • Mempertahankan diri
  • Membinasakan musuh atau orang yang dibenci pemiliknya
Syarat: Bagi penuntut ilmu ini, mereka perlu membuang ilmu mereka atau mewariskannya kepada keturunan mereka sebelum mati. Sekiranya mereka mewariskan kepada keturunan mereka ia tergolong kedalam saka.

Kelebihan
  • Harimau jadian biasanya membenarkan penuntutnya bertukar menjadi harimau dengan memiliki kekuatan luar biasa
  • Ia boleh menjelma sebagai separuh harimau atau harimau sebenar
  • Ia mampu (tidak semestinya) membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya
  • Memiliki tindak balas yang sangat tinggi
  • Memiliki silat Harimau yang tak perlu dipelajari dengan sendirinya keluar jika diperlukan
Kelemahan
  • Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam
  • Penuntutnya sukar mati sekiranya ilmu itu tidak dibuang sebelum meninggal

No comments:

Post a Comment