![]() |
Nota: Filem Susuk yang memaparkan peristiwa Susuk di Malaysia. |
Definisi/Konsep
- Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan.
- Pelbagai bahan boleh digunakan bergantung kepada apakah keinginan pengguna
- Diantara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dsb.
Jenis
- Terdapat perlbagai jenis susuk yang boleh digunakan, antaranya yang dikelaskan menurut bahan:
- Logam:
- Susuk Emas
- Susuk Perak
- Susuk Besi
- Susuk Raksa
- Galian:
- Susuk Berlian
- Organik
- Susuk Susu
Kebaikan/Faedah
- pemakai susuk mempercayai bahawa susuk itu akan membantu mereka menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis dan lain-lain kebolehan susuk yang dipakai.
Keburukan
- Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar.
- Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
- Jika si pemakai susuk melanggar pantang larang maka susuk yang dipakainya boleh menjadi racun kepadanya.
- Susuk HARAM dipakai terutamanya bagi yang beragama Islam, kerana susuk adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan dan murtad pada sesiapa yang melakukannya kerana mengubah kejadian Allah.
Pantang Larang
- Antara makanan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk)
- Labu Air
- Pisang Tanduk
- Daun Kelor
- Sate
- Antara perbuatan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk)
- Melalui bawah penyidaian
- Melalui dibawah tangga/rumah
No comments:
Post a Comment