Monday, 27 February 2012

Pengenalan Ilmu Kebal

Nota: Antara ritual Ilmu Kebal
Definisi/Konsep

  • Merujuk kepada keupayaan seseorang bagi menahan tubuhnya daripada ditembusi oleh senjata ataupun peluru.
  • Ia merupakan satu ilmu silam yang amat dipercayai dikalangan orang-orang Melayu Nusantara yang kebanyakkan menetap di Malaysia, Indonesia dan Filipina tetapi turut termasuk kaum Cina
Amalan
  • Ilmu kebal ini didapati melalui dua cara:
  1. melalui amalan
  2. dengan pemakaina sesuatu benda yang menjadikan pemakainya kebal
  • Bagi mereka yang mendapatkannya secara amalan ia mungkin melalui pertapaan, atau memakan sesuatu 
  • Sementara cara pemakaian pula ia mungkin berbentuk satu azimat atau keris dan seumpama dengannya
Kelemahan
  • Ilmu kebal biasanya dipercayai sebagai memiliki kelemahan tersendiri
  • Pada kebiasannya pengamal ilmu kebal dikatakan kalah dengan sesuatu benda tertentu seperti kebal tikaman keris tetapi boleh ditikam dengan buluh runcing dan seumpama dengannya
  • Ini disebabkan kepercayaan berlaku keseimbangan dan sesuatu perkara tidak pernah sempurna mesti ada kecacatannya

Friday, 24 February 2012

Pengenalan Mandi Bunga

Nota: Ritual Mandi Bunga
Khasiat

  • Ia mampu menaikkan semangat diri
  • haruman bunganya dapat menenangkan fikiran dan warna warna bunga menceriakan aura penglihatan yang mampu memberi ketenangan
  • Badan yang letih dan lesu akan terasa segar dan sihat setelah mandi dengan ramuan ini
  • Kalau boleh lakukanlah sebulan sekali selain untuk menaikkan seri wajah ianya boleh membuatkan wajah dan badan sentiasa awet muda
Bahan Penyediaan
  • Bunga Kenanga
  • Bunga Mawar
  • Bunga Susun Kelapa
  • Bunga Kesidang
  • Bunga Tanjung 
  • Bunga Cempaka
  • Hirisan daun limau purut
  • Hirisan daun pandan
  • Air Mawar
Kaedah
  • Air mawar dititikkan kedalam hirisan daun pandan dan daun limau purut yang telah diracik halus
  • Kemudian rendamkan 7 jenis bunga tadi dengan air semalaman didalam mangkuk seramik
  • Sebelum mandi bacakann Selawat Nabi 3 kali dan Al Fatihah sekali dan niatkan untuk tujuan apa anda mandi bunga ini (Niatkan yang baik saja)
  • Selepas itu barulah air rendaman ini digunakan untuk mandian
Jenis
  • Mandi Bunga Riyadah
  • Mandi Bunga Seri Wajah
  • Mandi Bunga Rawatan
  • Mandi Bunga Nirnia
Mandi Bunga Nirnia (Untuk Lelaki dan Perempuan)
  • Tujuan - 
  1. Mengembalikan ketenangan jiwa dan roh
  2. Pembersihan diri dari gangguan dan benda tumpangan
  3. Memberi satu sinar baru dalam hidup anda
  4. Mengembalikan keserian dari luaran dan dalaman
  5. Mampu mengembalikan Dara (Wanita saja)
  6. Menyembuh 1001 penyakit
  7. Membuka laluan tenaga sirna
  8. Dan banyak lagi

Pengenalan Santau

Nota: Pengamal Santau
Definisi/Konsep

  • Ia juga dikenali sebagai tuju-tuju 
  • Merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh
  • Secara umumnya santau dilakukan dengan cara
  1. Cara Santau Fizikal
  2. Cara Santau Angin
Kelebihan
  • Sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan tetapi melalui bersembunyi 
  • Penggunaan bahan organik dab kaca dalam penyediaan santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samaada melalui X-Ray ataupun Ultrasound
Keburukan
  • Santau Angin- biasanya dihembus agar dibawa angin kearah mangsa dan dihidu masuk kedalam paru-paru mangsa
  • Oleh itu, sesiapa yang berada berhampiran dengan mangsa boleh turut terhidu habuk berbisa itu
  • Santau disediakan dalam bentuk serbuk, kemungkinan besar pengamal santau akan terdedah secara jangka panjang dan akan turut diracuni oleh santau yang disediakan oleh mereka atau orang-orang yang rapat dengan mereka
  • Mengambil masa yang agak lama untuk bertindak, antara beberapa hari sehingga beberapa tahun

Thursday, 23 February 2012

Pengenalan Saka

Nota: Misteri Saka
Definisi/Konsep

  • Jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain secara disedari atau tidak tetapi biasanya melibatkan keturunan
Jenis
  • Saka Harimau - Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh
  • Saka Buaya - Mampu mengawal dan menjinakkan buaya
  • Saka Ular - Mampu mengawal dan menjinakkan ular
  • Saka Bomoh - Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus
  • Saka Kuat atau Saka Penimbul - Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal
  • Saka Susuk - Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik
  • Toyol - Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib
Harimau Jadian
  • Harimau akuan dalam budaya Melayu dan Orang asli, antaranya Orang Semai: sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki
  • Ia dikatakan dibantu oleh giolongan jin atau syaitan yang dipelihara bertujuan-
  1. Membantu tuannya mempertahankan diri
  2. Bagi memudaratkan musuh
  • Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia
Matlamat
  • Mempertahankan diri
  • Membinasakan musuh atau orang yang dibenci pemiliknya
Syarat: Bagi penuntut ilmu ini, mereka perlu membuang ilmu mereka atau mewariskannya kepada keturunan mereka sebelum mati. Sekiranya mereka mewariskan kepada keturunan mereka ia tergolong kedalam saka.

Kelebihan
  • Harimau jadian biasanya membenarkan penuntutnya bertukar menjadi harimau dengan memiliki kekuatan luar biasa
  • Ia boleh menjelma sebagai separuh harimau atau harimau sebenar
  • Ia mampu (tidak semestinya) membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya
  • Memiliki tindak balas yang sangat tinggi
  • Memiliki silat Harimau yang tak perlu dipelajari dengan sendirinya keluar jika diperlukan
Kelemahan
  • Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam
  • Penuntutnya sukar mati sekiranya ilmu itu tidak dibuang sebelum meninggal

Pengenalan Tarian Dabus

Nota: Tarian Dabus
Definisi/Konsep

  • Tarian yang mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Saidina Ali
  • Khalifah akan merasapi dan merenjis air yang sudah dijampi ke seluruh pentas, para pemain, pemuzik dan anak dabus bagi mengelakkan daripada gangguan makhluk halus atau perbuatan orang nakal yang menguji kekebalan para pemain
Keburukan
  • Unsur tidak sedar boleh menyebabkan kecederaan

Pengenalan Perbidanan

Nota: Perbidanan kampung
Definisi/Konsep

  • Wanita yang berpengalaman dalam hal ehwal menguruskan wanita mengandung dan bersalin
  • Mengetahui tentang perubatan tradisional yang banyak menggunakan tumbuhan herba
Kebaikan
  • Membantu proses bersalin dengan mudah di kawasan yang terpencil 

Wednesday, 22 February 2012

Pengenalan Wayang Kulit

Nota: Wayang Kulit
Definisi/Konsep

  • Hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau.kambing)
  • Wayang kulit dimainkan oleh dalang yang bertindak sebagai narator dialog tokoh-tokoh wayang
  • Pendidikan pendalangan wayang kulit terdapat 3 tahap iaitu tahap asas, lanjutan dan upacara perlimau


Pengenalan Main Puteri

Nota: Main Puteri
Definisi/Konsep

  • Dua watak iaitu Tuan Puteri dan Tok Minduk yang bermain rebab dan diiringi oleh paluan gendang ibu dan anak
  • Ketika Tuan Puteri lupakan diri, semangat halus akan meresap kedalam tubuh Tuan Puteri dan Tok Minduk akan menyoal makhlus halus tersebut untuk memastikan punca penyakit 
  • Dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Tok Minduk 
  • Tok Minduk mengiringi upacara dengan tiupan serunai dan pukulan rebab, gendang ibu dan anak, gedombak ibu dan anak, tetawak dan canag
  • Bertih dan beras kunyit ditabur ke empat penjuru ruang ( sebelum upacara)
  • Dimainkan pada waktu malam 
  • Durasi dalam dua hingga tiga jam, 1 hingga 3 hari
Peralatan
  • Rebab
  • Gendang
  • Tetawak
  • Serunai
Kebaikan
  • Menyembuhkan penyakit melalui kaedah rawatan yang unik

Pengenalan Ulek Mayang

Nota: Ulek Mayang
Definisi/Konsep

  • Sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan
  • Dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar
  • Seni budaya ini dianggap satu khazanah budaya Terengganu yang cuba dipertahankan sehingga kini
  • Ulit atau ulek adalah merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus.
  • Merupakan sejenis tarian persembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri daripada gendang, gong, biola, dan akordian
  • Dimainkan dengan Mayang Pinang
  • Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat
  • Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain

Pengenalan Mak Yong

Nota: Persembahan Mak Yong
Definisi

  • Suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur - unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.
  • Dimulakan dengan acara buka panggung iaitu dengan memainkan lagu Mengadap Rebab.
  • Tujuannya untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dan perkara yang tidak diingini sepanjang persembahan Mak Yong
Peralatan
  • Rehab
  • Gendang ibu dan anak
  • geduk ibu dan anak
  • Gedombak ibu dan anak
  • Serunai
  • Canang
  • Kesi

Pengenalan Kuda Kepang

Nota: Pemain Kuda Kepang
Definisi/Konsep

  • Tarian yang mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat
  • Gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan
  • Tok Bomoh membakar kemenyan dan membaca jampi bagi memberi tenaga kepada kuda
  • Penari menari mengikut alunan muzik
  • "Naik syeh" adalah penggunaan kata bagi merujuka kepada keadaan terpukau dengan kehebatan pergerakan tarian mereka
  • Tok Bomoh mengarah pengawal menangkap dan merebahkan kuda lalu Tok Bomoh membaca jampi untuk memulihkan
Pengeras
  • Kemenyan
  • Air Mentah
  • Nasi Campur
  • Lauk Ayam
  • Sayur
  • Kuih

Pengenalan Susuk


Nota: Filem Susuk yang memaparkan peristiwa Susuk di Malaysia.
Definisi/Konsep
  • Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan.
  • Pelbagai bahan boleh digunakan bergantung kepada apakah keinginan pengguna
  • Diantara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dsb.
Jenis
  • Terdapat perlbagai jenis susuk yang boleh digunakan, antaranya yang dikelaskan menurut bahan:
  • Logam: 
  1. Susuk Emas
  2. Susuk Perak 
  3. Susuk Besi
  4. Susuk Raksa
  • Galian:
  1. Susuk Berlian
  • Organik
  1. Susuk Susu
Kebaikan/Faedah
  • pemakai susuk mempercayai bahawa susuk itu akan membantu mereka menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis dan lain-lain kebolehan susuk yang dipakai.
Keburukan
  • Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar.
  • Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
  • Jika si pemakai susuk melanggar pantang larang maka susuk yang dipakainya boleh menjadi racun kepadanya.
  • Susuk HARAM dipakai terutamanya bagi yang beragama Islam, kerana susuk adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan dan murtad pada sesiapa yang melakukannya kerana mengubah kejadian Allah.
Pantang Larang
  • Antara makanan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk)
  1. Labu Air
  2. Pisang Tanduk
  3. Daun Kelor
  4. Sate
  • Antara perbuatan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk)
  1. Melalui bawah penyidaian
  2. Melalui dibawah tangga/rumah